Memakai pakaian yang menutup aurat
meletakkan wanita sebagai seorang yang menjaga harga diri sekaligus menghindari
perbuatan tidak senonoh dari lelaki. Sebagaimana kita pernah terbaca bagaimana
perempuan yang sentiasa bertudung akan dijauhkan daripada penyakit rambut,
kulit kepala dan sebagainya. Begitu juga umat yang sentiasa menutup auratnya
insya Allah akan terhindar daripada penyakit kanser kulit yang yang kerap
menghinggapi wanita yang sering mendedahkan diri atau aurat mereka kepada
cahaya matahari.
Pada tahun 1998 sahaja seramai 2000
wanita di Amerika Syarikat mati akibat kanser kulit jenis ’sguamous cell
carcinoma’. Nisbah kemungkinan manusia khasnya wanita dihinggapi penyakit
kanser kulit berwarna atau ’melanomia’ di Amerika Syarikat ialah setiap 75
orang maka seorang terkena penyakit tersebut.
Setiap arahan Allah ada hikmatnya
yang tersendiri untuk kebaikan dan manfaat kita di dunia apatah lagi di
akhirat. Islamlah nescaya kita hebat dan sihat.
Firman Allah dalam ayat 81 surah an-Nahlu mafhumNya:-
“Dan Allah menjadikan
bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan
Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung;
dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari
panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang.
Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri
kepadaNya dan mematuhi perintahNya”
No comments:
Post a Comment