Kesalahan Berpakaian Lelaki
Dalam Islam
Biasanya kita
membicarakan soal pakaian dan aurat wanita, kali ini kita ingin menyentuh
tentang kesalahan pakaian lelaki pula. Orang-orang lelaki sekarang ramai yang
tidak endahkan dosa pahala mereka dalam berpakaian. Mungkin kerana kurangnya
penekanan sejak dibangku sekolah. Malah seluar pendek yang tidak menutup aurat
itu diiktiraf sebagai pakaian sukan yang sah di negara ini.
Ikuti keterangan lanjut tentang kesalahan pakaian
lelaki di bawah:
Isbal.
Isbal iaitu menurunkan atau memanjangkan pakaian
hingga di bawah tumit. Larangan isbal bersifat umum untuk semua jenis pakaian
seperti seluar panjang, kain pelikat, gamis atau pakaian lainnya. Ironinya,
larangan ini dianggap remeh oleh kebanyakan umat Islam, padahal dalam pandangan
Allah ia merupakan masalah besar.
Rasulullah SAW bersabda:
“Kain yang
memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka.” (HR. Al-Bukhari, shahih).
Ancaman bagi musbil (orang yang melakukan isbal )
dengan Neraka tersebut sifatnya adalah mutlak dan umum, baik dengan maksud
takbur atau tidak. Jika isbal tersebut dilakukan dengan maksud takbur maka
ancamannya lebih besar.
Nabi SAW bersabda:
“Pada hari Kiamat,
Allah tidak akan melihat kepada orang yang menyeret bajunya (musbil, ketika di
dunia) kerana takbur.” (Muttafaq
Alaih, shahih).
Dan secara tegas Nabi SAW melarang kita kaum lelaki
melakukan isbal. Beliau SAW bersabda:
“Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau enggan maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah mata kaki, kerana ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak menyukai kesombongan.” (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih).
“Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau enggan maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah mata kaki, kerana ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak menyukai kesombongan.” (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih).
Hadis di atas memberi kata putus terhadap orang yang
beralasan bahawa memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki dibolehkan asal
tidak kerana sombong. Ini adalah alasan batil dan dicari-cari untuk membenarkan
kebiasaan mereka yang menyalahi sunnah.
Hadis di atas dengan tegas memasukkan perbuatan isbal
sebagai sikap sombong, apatah lagi jika memang berniat untuk sombong. Maka
jelaslah ancamannya sangat berat. Dan fakta menunjukkan, lelaki yang musbil
itu, memanglah pada umumnya untuk bergaya yang di dalamnya ada unsur bangga
diri dan sombong. Buktinya kebanyakan mereka menganggap kekampungan, kolot
serta melecehkan saudara-saudara mereka yang mengenakan pakaian di atas mata
kaki, padahal itulah yang diperintahkan syariat.
Adapun kaum wanita, mereka diwajibkan menutupi
tubuhnya hingga di bawah mata kaki, kerana ia termasuk aurat.
Namun hakikatnya, yang dipraktikkan umat Islam di
zaman ini adalah sebaliknya.
Lelaki memakai
pakaian hingga di bawah tumit, sedang wanita pakaiannya jauh di atas tumit.
sumber : mohdzainizainudin.blogspot.com
Naudzubillah, dan kepada Allah kita memohon keselamatan
Mengenakan pakaian
nipis dan ketat.
Dalam kaca mata syariat, jika bahan-bahan pakaian itu
sangat nipis sehingga menampakkan aurat, lekuk-lekuk tubuh atau sejenisnya maka
pakaian itu tidak boleh dikenakan.
Perkara ini berdasarkan firman Allah Taala:
“Hai anak Adam,
sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan
pakaian indah untuk perhiasan.” (Al-A’raf:
26).
Tetapi jika pakaian itu tidak menampakkan aurat dan
lekuk-lekuk tubuh maka hal itu tidak mengapa. Namun jika pakaian itu menyerupai
dan menunjukkan identiti pakaian orang kafir maka ia tidak dibolehkan.
Dan kebiasaannya lelaki yang body builder, kaki gym
memakai baju ketat untuk menunjukkan ototnya yang berketul-ketul itu.
Mengenakan pakaian
yang menyerupai pakaian wanita.
Di antara fitrah yang disyariatkan Allah kepada
hambaNya iaitu agar lelaki menjaga sifat kelelakiannya dan wanita menjaga sifat
kewanitaannya seperti yang telah diciptakan Allah. Jika hal itu dilanggar, maka
yang terjadi adalah kerosakan hidup di masyarakat.
Dalam hadis shahih disebutkan:
“Rasulullah SAW
melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR. Al-Bukhari).
Sebagian ulama berkata, ‘Yang dimaksud menyerupai
dalam hadis tersebut adalah dalam hal pakaian, berdandan, sikap, gerak-geri dan
sejenisnya, bukan dalam berbuat kebaikan.’ Kerana itu, termasuk dalam larangan
ini adalah larangan mendandan rambut, memakai anting-anting, kalung, gelang
kaki dan sejenisnya bagi lelaki, sebab perkara-perkara tersebut adalah kekhususan
bagi wanita.
Rasulullah bersabda:
“Allah melaknat
lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” (HR. Abu Daud, Shahihul Jami’ , 5071) .
Mengenakan pakaian
mengikut trend.
Sebahagian umat Islam, terutama remaja sering
tergila-gila dengan fesyen pakaian yang sedang menjadi trend atau pakaian yang
dikenakan oleh para artis dan idola mereka. Seperti pakaian bergambar penyanyi,
kumpulan-kumpulan muzik, botol dan cawan arak, gambar-gambar makhluk hidup,
salib atau lambang-lambang kelab-kelab bolasepak dan organisasi-organisasi non
Islam, juga slogan-slogan kotor yang tidak hormat dan kebersihan diri, yang
biasanya ditulis di belakang t’shirt dengan bahasa Malaysia atau bahasa-bahasa
asing.
Pada umumnya para pemakai pakaian-pakaian tersebut
merasa bangga dengan pakaiannya, bahkan dengan maksud untuk memperoleh
populariti kerana pakaiannya yang aneh tersebut.
Padahal Nabi bersabda:
“Barangsiapa
mengenakan pakaian (untuk memperolehi) populariti di dunia, niscaya Allah
mengenakan kepadanya pakaian kehinaan pada hari Kiamat.” (HR. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu
Majah dari Ibnu Umar, hasan).
Imam Asy-Syaukani berkata, ‘Hadis di atas menunjuk-kan
diharamkannya mengenakan pakaian untuk meraih populariti. Dan larangan tersebut
tidak khusus terhadap pakaian untuk populariti, tetapi termasuk juga pakaian
yang berlawanan dengan pakaian masyarakat pada umumnya (yang bertentangan
dengan agama/etika). Jika pakaian itu untuk maksud populariti, maka tidak ada
bezanya antara pakaian yang mahal atau murah, sesuai dengan yang dikenakan
orang pada umumnya atau tidak, sebab pengharaman tersebut bergantung (niat)
populariti.’
Mengenakan pakaian
yang tidak menutup aurat.
Seperti memakai seluar pendek atau pakaian sukan
lainnya yang menampakkan peha. Aurat lelaki adalah dari pusat sehingga dua
lutut.Oleh itu, peha termasuk aurat. Setiap muslim diperintahkan menutup dan
menjaga auratnya kecuali di depan isteri atau hamba sahayanya.
Ketika Rasulullah SAW melihat sahabat Ma’mar
tersingkap pehanya, beliau SAW bersabda:
“Wahai Ma’mar, tutupilah pehamu, kerana peha adalah aurat.” (HR. Ahmad). “Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba sahayamu.” (HR. Imam lima kecuali An-Nasa’i dengan sanad hasan).
“Wahai Ma’mar, tutupilah pehamu, kerana peha adalah aurat.” (HR. Ahmad). “Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba sahayamu.” (HR. Imam lima kecuali An-Nasa’i dengan sanad hasan).
Tidak memperhatikan
masalah pakaian ketika masuk masjid.
Sebagian orang yang akan menunaikan solat berjemaah
tidak peduli dengan pakaian yang dikenakannya. Misalnya masuk masjid dengan
mengenakan jenis pakaian sebagaimana disebutkan pada point keempat. Solat
adalah untuk menghadap kepada Allah, kerana itu kita harus mengenakan pakaian
yang bagus dan indah sebagaimana yang diperintahkan.
Allah berfirman:
“Hai anak Adam,
pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid.” (Al-A’raf: 31).
Disunahkan pula agar kita memakai wangi-wangian ketika
hendak ke masjid dan menghindari bau-bauan yang tidak sedap. Demikianlah yang
dituntunkan dan dipraktikkan baginda Nabi SAW dan para sahabatnya yang mulia.
Mengenakan pakaian
bergambar makhluk bernyawa.
Apalagi gambar orang-orang kafir, baik penyanyi,
seniman, pembesar atau orang-orang terkenal lainnya. Mengenakan pakaian
bergambar makhluk bernyawa adalah haram, baik gambar manusia atau haiwan.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Setiap tukang gambar ada di Neraka, Allah menciptakan
untuknya (dari) setiap gambar yang dia bikin sebuah nyawa, lalu mereka menyiksanya
di Neraka Jahannam.” (HR.
Muslim).
“Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di
dalamnya anjing dan gambar-gambar.” (HR. Al-Bukhari).
Adapun gambar orang-orang kafir maka memakai atau
menggunakannya mudaratnya akan semakin besar, sebab akan mengakibatkan
pengagungan terhadap mereka.
Lelaki menggunakan
perhiasan emas dan kain sutera.
Sekarang banyak kita jumpai barang-barang perhiasan
untuk lelaki yang terbuat dari emas. Seperti jam tangan, kaca mata, butang baju, pen, rantai,
cincin dan sebagainya.
Dari Ibnu Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW melihat
cincin emas di
tangan seorang lelaki, serta merta baginda menngambilnya lalu membuangnya,
seraya bersabda:
“Salah seorang dari
kamu sengaja (pergi) ke bara api, kemudian mengenakannya di tangannya!’ Setelah
Rasulullah SAW pergi, kepada lelaki itu dikatakan, ‘Ambillah cincinmu itu dan
manfaatkanlah!’ Dia menjawab, ‘Demi Allah, selamanya aku tidak akan
mengambilnya, kerana Rasulullah SAW telah membuangnya.” (HR. Muslim, 3/1655).
Dan Rasulullah SAW bersabda: “Dihalalkan emas dan
sutera itu untuk kaum wanita dari kaumku dan diharamkan keduanya bagi kaum
lelaki dari nya.” (HR.
Ahmad, At-Tirmidzi dan An-Nasa’i, shahih).
Sumber
dipetik daripada
http://wanwma.com/aurat/kesalahan-pakaian-lelaki-dalam-islam/
No comments:
Post a Comment